Wednesday, May 1, 2013

Berdua

Pernah kau fikir mengapa tuhan cipta matahari dan bulan?
Mengapa tuhan cipta burung dan ikan?
Dan mengapa tuhan cipta haiwan dan tumbuhan?

Seperti itu juga tuhan cipta kau dan aku.

Seperti matahari dan bulan, bersilih ganti dan saling memahami supaya dapat terus memberi cahaya pada semua.
Seperti burung dan ikan yang mana bisa kita tahu kisah diudaranya yang tinggi dan kisah di lautnya yang dalam.
Seperti haiwan dan tumbuhan yang saling memerlukan untuk meneruskan kitaran kehidupan.

Dan begitu juga kita.
Tuhan ciptakan kita untuk saling memahami,
Berkongsi cerita kita yang berbeza setiap hari,
Malah memerlukan antara satu sama lain sampai hujung masa nanti.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.