Friday, April 15, 2011

Bulat Aku



Di tengah bulat itu berdirinya seorang lelaki yang bernama aku,
Teguh ampuh menahan segala angin ribut yang tak terputus,
Tak pernah dia kalah lalu duduk terusan mengalah,
Walau kuasanya hanya sebesar zarah,
Telah dia bersumpah pada maha kudus,
Dengan setiap nadi yang berdenyut,
Dengan setiap nafas yang terhembus,
Akan dia pertahan maruah permaisuri cintanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.