Wednesday, December 15, 2010

Semula



Hanya ada rasa kosong, marah dan kesal,
memenuhi setiap inci bebuluh darah yang lajunya terus ke injap hati,
meninggalkan satu lubang tembus tepat ke dada yang dalamnya tak terkira,
dan lubang itu dipenuhi segala kata maki benci pada diri sendiri,
kenapa jadi alpa?
Takut hilang separuh yang bernama aku membuat aku lagi penting diri,
Mungkin aku hanya perlu sedikit daya untuk sekadar mengerti,
Atau mungkin kita hanya perlu cuba lagi?

Kadangkala aku juga manusia yang mendesak rasa,
bermain dengan kenapa? dengan siapa? untuk lebih bahagia,
Segenap akal aku ditujah hanya dengan dia yang satu,
Bukak tengkorak dan carikkan otak,
Tolong keluar wahai kau si pemburu hebat.

Gumpal silap salah kita bulat-bulat dan kita pijakkan saja,
Moga kau juga rasa apa yang aku sedang rasa,
Jalan kita masih panjang dan kau perlu ingat ianya tak selamanya kekal rata,
Berliku itu normal,
Bila kau sudah ada apa yang namanya lega dalam jiwa,
Bila kau sudah cukup udara,
Aku tunggu kau di garisan mula semula.



1 comment:

  1. Dan aku yang menatap hadam setiap inci perkataan yang kau lemparkan
    merenung pada dasar sukma alpa aku sendiri
    akal bejat kenapa dan mengapa
    permainanan dunia bercanda dengan kita
    dan akal kita yang Dia berikan untuk berbicara
    harus kita carik anyam sulam
    agar harapan dalam doa tiap malam
    bukan hanya sebuah persinggahan detak hati sementara dalam jiwa luka
    dan aku tidak mahu tunggu di garisan mula semula
    kerana aku sudah ada penamat yang mahu dicakna pada dunia.
    mungkin sahaja.
    keliru bersipongang pada pentas rasa.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.