Saturday, November 13, 2010

Jiwa Sesat

Gua memandang cermin sambil menyisir rapi rambut hitam yang berkilat. Jam masih menunjukkan yang gua awal. Gua capai sut putih dan terus turun ke bawah. Kemas. Berkasut hitam Sergio Rossi, bersut putih Gucci dan bertali leher hitam Tino Cosma.

"kereta sudah disiapkan Tuan Juice Lasiano"

Gua hanya senyum dan mencapai topi hand made buatan Borsalino. Joe Diamond dan Big Joey menunggu di tepi kereta Ian Ellis buatan Alfa Romeo. Glock sentiasa tersisip di pinggang mereka berdua.

Gua masuk ke kereta dan diiringi lagi dengan sebuah kereta lain dibelakang. Sebagai pewaris keluarga Cosa Nostra, memang kehidupan gua seperti menjadi taruhan yang bakal dihujani peluru-peluru glock sesat yang boleh hadir pada bila-bila masa. Di sepanjang perjalanan, gua hanya memikirkan masa depan keluarga gua yang telah gua warisi dan menjadi tanggungjawab gua untuk meneruskan legasi yang telah bapa gua tinggalkan, Don Branco.

"Si signore?"

Seorang pemuda lewat 30 an menunduk sambil membuka sedikit topi Itali tanda hormat.

Setibanya gua di hadapan restoran La Pergola, gua disambut oleh Paolo, pemilik restoran dan juga selaku orang kanan gua di Milan. Sebuah meja makan malam 12 orang sudah siap disediakan untuk gua dan juga don-don yang lain. Irama copa cabana jelas kedengaran dan disambut oleh tarian klasik Itali.

Mata gua hanya tertumpu pada penyanyi baru diatas pentas. Berbibir merah, bermata hijau. Sungguh cantik. Pandangan seorang wanita buat jiwa gua yang lama sesat. Buat pertama kali gua alpa dengan sesuatu. Gua alpa dengan keadaan sekeliling. Gua alpa dengan kemungkinan peluru yang sentiasa menanti gua di hujung glock-glock yang cemburu.

"assordante..."

Tanpa sedar gua berkata perlahan dibibir. Mata gua masih lagi tertancap pada susuk tubuh yang mendendangkan irama copa cabana dari atas pentas sambil memulas-mulas cincin emas dijari manis kiri gua..

Gua khayal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.