Friday, October 1, 2010

Dang Anum 1

Dang Anum menanti di muka jendela dengan penuh sayu. Diwajahnya jelas terpampang perasaan gusar, menantikan kepulangan Laksamana Bentan sejak beberapa purnama dahulu. Dia sudah tiada siapa-siapa melainkan suami tercintanya. Sesekali dijengahnya ke luar jendela. Namun yang ada hanyalah bayangan pokok asam yang terletak dihadapan rumahnya.

" tinggi betul rasamu wahai anak. Dimana ibumu mahu mencari nangka? "

Dengan takdir tuhan, lalulah penghulu kampung membawa nangka untuk dipersembah kepada sultan.

"penghulu, besar hajat hati hamba akan seulas nangka yang tuan bawa"

Penghulu berhenti di kaki tangga dan meletakkan nyiru yang berisi nangka.

"hamba dalam perjalanan dari dusun baginda ke istana. membawa nangka yang satu ini."

Mendengarkan kata-kata penghulu, Dang Anum redha. Penghulu mengangkat nyiru berisi nangka dan menyambung perjalanannya ke istana. Ternyata sifat perimanusianya membuatkan nyiru yang dipegang diletakkan semula di muka tangga. Penghulu menyelak kain kuning dan mencapai keris kecil di pinggang, lalu ditebuklah satu ulas nangka. Bahagian yang rompong, diterbalikkan menghadap muka nyiru sebagai mengaburi mata sultan.

"Beribu kasih kepada tuan, barulah lega rasa hati anak hamba"

"jagalah anakmu, sebagaimana suami mu menjaga negeri ini"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.