Monday, August 23, 2010

Zombi

Gua terketar-ketar dengan lock-u ditangan kiri gua. Gua intai dari tingkat atas, ade 2 ekor zombi merayau di dalam rumah gua. Seorang lelaki, seorang awek. Yang lelaki sibuk menyepahkan majalah-majalah FHM koleksi gua di ruang tamu. Yang awek pulak sibuk dengan payung bunga-bunga cik puan besar gua. Gua hanya berdiam diri sambil memikirkan cara menyelamatkan diri gua.

Pelan-pelan gua capai kunci Hummer gua di bilik. Gua keluar bilik seperlahan mungkin. Takut kedengaran oleh zombi 2 ekor tak guna tu. Dengan cermat gua menuruni anak tangga.

"sialan!"

Gua memaki dalam hati. Gua patah balik ke bilik dan mencapai sekotak Dunhill bersama lighter cricket putih. Gua tersengih. Hehe

Pintu bilik gua rapatkan kembali. Di muka tangga, zombi lelaki sudah tercegat memandang gua dengan angker. Mata gua tepat memandang kemuka dia. Sungguh buruk dan hodoh muka dia. Name pun zombi.

"warghh!!"

Si zombi terus menerkam gua untuk menggigit daging gua yang tak berapa nak ada. Gua mengelak dan menghentak kepala zombi tersebut dengan lock-u. Pecah dan menampakkan saki baki otaknya. Gua hampir nak termuntah melihatkan darah zombi berkenaan. Gua kuatkan iman, perasaan nak muntah terus gua simpan.

Dari atas, gua nampak si awek zombi sudah perasan akan kewujudan gua disitu. Gua terus berlari menuruni anak tangga. Belum sempat awek zombi tersebut menaiki anak tangga,

"wacha!"

Satu tendangan padu gua layangkan ke perut awek zombi tersebut. Macam Roberto Carlos. Awek zombi tersebut tersungkur di sebelah peti sejuk rumah gua. Gua lekas-lekas membuka pintu gate. Gua tekan alarm hummer gua.

Belum sempat gua masuk ke dalam hummer gua, kaki gua di pegang oleh awek zombi. Gua tarik rambut dia, gua bagi 3 biji penumbuk ke muka awek zombi tersebut sampai terkeluar gigi dia. Gua naik geli. Gua pegang kaki dia dan gua heret ke depan hummer gua. Enjin hummer gua start. Gua masuk gear 1, terus tekan pedal minyak.

"krap"

Awek zombi lunyai dihalaman rumah gua. Dari side mirror, gua nampak awek zombi dah macam manila kad.

Gua nyala rokok sebatang. Bermulalah perjalanan gua ke San Francisco. Harap-harap gua tiba disana sebelum raya.

2 comments:

  1. dlm nak lari dr zombi bole menyempat plak nek blk amek dunhill an..haha

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.