Saturday, August 14, 2010

Puteri Wonder Blogwomen

"Misi awak adalah menyelamatkan Wonder Blogwomen"

Gua menyedut cuban cigar dalam-dalam. Perasaan nak terbatuk tu, gua kaver. Memang dasar cigar murahan. Melayang puntung rokok bila gua jentik keluar tingkap. Hampir nak terbakar kain langsir.

"ok, on kan sekarang"

Gua sound engineer gua separuh keras. Engineer gua, Enche Faiz menekan butang hijau.

"ku bermohon kasih~ ku bermohon sayang~"
-lagu SM Salim feat Siti Nurhaliza

"Aku suruh kau tekan butang mesin masa. Radio tu nanti-nanti la."

"Sori la Kapten Juice. Saya ingat kapten nak layan lagu macam biasa."

Gua hanya geleng kepala sambil cekak pinggang. Enche Faiz pun menekan butang hijau yang lebih bagak saiznya. Bunyi bising memenuhi ruang makmal gua. Asap putih berkepul-kepul. Kepala gua semakin high, lalu gua pun pengsan......

******************************************************************************
"titt! titt!"

Gua tersedar dengan mata terkebil-kebil. GPS gua berbunyi menunjukka gua dah kembali ke zaman lampau. Gua seluk poket seluar dan mengeluarkan sekeping foto.

"Gua kene carik Puteri Wonder Blogwoman ni sebelum terlewat"

Gua memotivasikan diri sambil mengikat tali boot. Macam dalam cerita rambo, gua meredah hutan belantara. Berliku-liku dan penuh ranjau perjalanan gua di hutan tebal tu. Bermacam-macam binatang yang gua dah tebas leher sekor-sekor. Terlalu banyak dugaan. Kadang-kadang gua tak ada masa nak makan sebab sibuk berlawan dengan binatang yang aneh-aneh. Nyamuk kepala gajah la, tedung berbadan semut la.

Akhirnya gua tiba di satu perkampungan melayu. Perut gua dah 8 hari tak diisi. Mata gua melilau carik kedai makan. Banyak-banyak kedai makan, semuanya atap nipah dengan kerusi buluh. Gua duduk di kedai paling hujung sebab ade makwe cun tengah jual pisang goreng.

"hai nama saya juice"
gua tersengih.

"nama hamba Melati. Tuan hamba mau makan apa?"

"er, mee goreng ade? taknak udang dengan sotong ye"

"kami hanya menjual pisang goreng saje tuan hamba"

"alamak.. bolehla, bagi saya satu piring"

Melati tersenyum. Gua pulak tersipu-sipu malu. Serta-merta gua teringat perihal Wonder Blogwomen. Gua terus jadi serius. Pisang goreng terus gua telan tak cakap banyak. Perasaan nak bercinta dengan Melati pun gua buat tak reti.

Selepas makan, gua berjalan lagi ke hilir kampung. Setelah seminggu berjalan, sampailah gua di Bukit Fraser. Sejuk betul bukit ni. Gua pulak boleh tertinggal sweater dekat makmal. Cilaka. Sepanjang gua mendaki bukit tu, lutut gua menggigil-gigil menahan sejuk. Demi kejayaan misi gua, perasaan sejuk tu gua tolak ketepi.

Akhirnya gua sampai diatas. Gua terlihat kelibat seorang wanita warga emas duduk bersimpuh diatas batu tepat diatas Bukit Fraser.

"Siapa kau?"
"Aku lah Nenek Kebayan"
"Nenek Kebayan? pfft! agak-agak la lu nak kencing gua."

Nenek Kebayan bangun dan menyeluk kain batiknya. Hati gua dah tak tenteram. Risau betul gua kalau-kalau Nenek Kebayan nak buat benda tak senonoh dekat gua.

"nah, tengok ni!"

Nenek Kebayan menunjukkan hanfon Nokia E72 ke gua. Di wallpapernya ada gambar beliau dan puteri rupawan serta caption "me and puteri gunung ledang". Cilaka, macam mana gua tak perasan yang tu Tiara Jacquelina.

"sori la Nenek Kebayan. Gua tersalah sangka sebab muka lu macam mak nyah sikit2"

Nenek Kebayan menjeling gua sambil kening sebelah terangkat...

"kau datang sini untuk menyelamatkan Wonder Blogwomen bukan?"
"ya. sebab tu gua ke mari. Demi Wonder Blogwomen"
"ada syaratnya"
"apa syaratnya?"
"hati nyamuk 7 dulang, air mata dara 7 tempayan, jambatan emas..."
"Stop!"
"kenapa?"
"Ni ke dia syaratnya?"
"ya la"

Gua selak pangkal seluar, gua keluarkan pisau rambo.

"sebelum gua mengamuk dekat sini, baik lu bagi tau mana Wonder Blogwomen!"
"Ok2, tu dekat Istana belakang sana. Gurau sikit pun tak boleh"

Gua tersenyum, pisau rambo gua simpan balik kemas-kemas. Gua terus berlari ke Istana untuk mendapatkan Wonder Blogwomen. Setibanya disana, gua terlihat Wonder Blogwomen sedang sibuk mengarang puisi.

"ehem, nama hamba Juice. Adalah menjadi tugas hamba membawa tuan puteri balik ke masa depan"

Wonder Blogwomen hanya tersenyum lalu berkata:
" beta dah ketemu dengan apa yang namanya cinta disini"
"mana dia?"
"mana apa?"
"cinta"

Wonder Blogwomen tergelak kecil selepas mendengar pertanyaan gua.

"cinta ada dimana-mana. Cuma belum tiba masa. Tuan hamba perlu yakin ianya ada. Pulanglah tuan hamba. Usah dirisaukan beta disini"

Wonder Blogwomen tersenyum. Gua pun tersenyum juga. Baru gua tahu cinta itu apa.

Gua berjalan pulang sambil kepala gua pusing memikirkan macam mana Nenek Kebayan boleh ade hanfon.

4 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.