Thursday, August 19, 2010

Jalan Victoria Avenue

**Sebelum saya ceritakan perihal perjalanan saya kali ini, adalah lebih baik jika tuan/puan/awak/ semua buka youtube, dengarkan kanye west-love lockdown.

Awal pagi yang berkabus membuatkan mata gua sedikit pedih. Gua memulas throttle Yamaha R1 tanpa belas kasihan. Semakin lama, semakin kabur. Ada cahaya hijau menarik gua kedalam satu alam lain. Gua tak sedar.

Bila gua buka mata, rupanya gua masih lagi di bumi. Tiada langsung ciri-ciri planet yang aneh-aneh. Signboard 'berhenti' masih lagi terpacak di seberang jalan. Gua menarik nafas lega kerana gua masih di negara sendiri.

Mata gua melilau mencari motor gua. Hilang. Yang ada dihadapan gua adalah sebatang jalan yang lurus dan berkabus. Gua gagahkan kaki berjalan walaupun mata dah mengantuk. Perasaan untuk memaki jangan ditanya.

"hello..."

Seorang wanita muda menyapa gua. Dia berjalan ke gua sedikit-demi sedikit hinggalah menampakkan susuk tubuhnya.

"Lets have some fun"

Wanita tersebut berbisik ke telinga gua. Gua hanya bermuka serius.

"Lu ade nampak moto gua?!"

Wanita tersebut hanya tersenyum. Gua tak fikir panjang terus berlari. Jauh juga gua berlari. Sampai di satu tempat gua terdengar bunyi mesin.

"weet! weet!"

Gua perati ade seorang brader sibuk dengan mesin besar warna merah.

"Hello, bro.. ade nampak bike warna biru?"

Brader tadi hanya menjeling gua sambil tangannya menggigil memegang syiling.

"Hehe, bike? entah..."

Brader tadi hanya tersengih ke gua dan menampakkan mukanya yang berkudis.
Baru gua perasan rupanya mesin jackpot. Brader tadi hanya sibuk mencuba nasib sambil bersiul.

"Jahanam! bagi aku duit kau"
"Gua mane ade duit! gua carik bike gua!"

Brader tadi terus mengeluarkan pisau lipat dari dalam poket seluar. Helmet yang gua pegang, terus gua campakkan tepat ke ke muka brader tersebut. Padu. Gua pun teruskan berlari. Syiling yang berterabur gua kutip mane yang sempat.

Gua teruskan berlari dijalan aneh itu. Sampailah gua terjumpa satu gerai. Buruk dan usang.

"kak, bagi saya air. anything"

Kakak tersebut meletakkan sebotol whiskey dan gelas

"Bukan kak, no alcohol"

Kakak tersebut meletakkan sebotol beer

"No alcohol! u got me?"

Kakak tersebut meletakkan sebotol soya bean. Gua tersenyum.

"Thanx"

Semasa gua baru nak meneguk, gua perati ade cop "5% alcohol"

"Gua cakap no alcohol!!"

Kakak tadi yang kelihatan tenang terus menjegilkan bebola mata yang kemerahan

"INI KEDAI AKU!!"

Gua yang ketakutan terus berlari lagi. Tiba-tiba gua ternampak bike gua di hujung jalan. Penat lelah gua serta merta berkurangan pabila melihat bike gua. Gua terus hidupkan enjin dan memecut laju. Gua toleh side mirror, gua nampak wanita muda, brader jackpot, dan kakak air sedang memerhati gua dengan dendam. Gua beranikan diri dan terus memecut. Tiba-tiba...

"Berhenti!"

Satu patrol car menyuruh gua berhenti. Gua pun memberi signal ke kiri untuk berhenti

"ye encik?"
"saya terpaksa saman awak"
"huh? kenapa? saya tak bawak laju mane encik"
"bukan sebab itu"
"abis tu?"
"tu, yang atas tu"

Baru gua sedar yang gua dah baling helmet gua ke brader jackpot..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.