Sunday, August 15, 2010

Epilog Seorang Mafia

Don Ammar Fuurunka duduk di balik malap lampu pub. Kimi Donatello yang duduk tak jauh dari Don Ammar Fuurunka sedang sibuk dengan teman wanita barunya, Lisa Perez. Faiz Romero hanya berdiri disudut pub. Annis Augustino menahan pucat muka sambil tangan beliau terikat di belakang kerusi kayu.

"Kau cakap dengan aku Annis Augustino, siapa yang hantar kau kemari?
Don Ammar Fuurunka bersuara sambil mencapai cigar dalam kotak emas diatas meja. Annis Augustino hanya membatu. Matanya hanya memandang ke lantai, sayu.

*Pap!

Satu tamparan padu dilepaskan oleh Faiz Romero, tepat mengenai pipi putih Annis Augustino. Kimi Donatello tersenyum puas.

"Tiada siapa yang menghantar aku!!"

Don Ammar Fuurunka berdiri dan mengeluarkan revolver dari dalam sut beliau. Lalu, diacukan revolver tersebut tepat ke dahi Annis Augustino sambil diiringi tawaan kecil. Annis Augustino terdiam seakan merelakan takdir yang bakal menimpa dirinya.

*Blam!

Satu tembakan memecah kesunyian pub Itali itu. Annis Augustino membuka mata dan menarik nafas panjang. Don Ammar Fuurunka menahan sakit di pergelangan tangan.

"Aku yang menghantar dia kemari"

"siapa kau?!"

"Aku lah Juice Hernandez. Kau sudah lupa?"

"Aku tak kenal kau!"

"Kau masih ingat peristiwa di Bandar Pesaro e Urbino?!"

Perasaan gusar jelas terpampang di wajah Don Ammar Fuurunka. Kimi Donatello dan Faiz Romero terdiam kaku seperti kanak-kanak down syndrome kehilangan gula-gula.

2 tahun lalu di bandar Pesaro e Urbino telah berlaku rompakan bank oleh Don Ammar Fuurunka dan konco-konconya. Juice Hernandez yang ketika itu sedang berkerja sebagai pegawai bank telah kehilangan kekasih hatinya, Maria Lopez yang mati ditembak Don Ammar Fuurunka akibat melawan kehendak beliau.

Kimi Donatello lekas-lekas mengeluarkan glock kecil yang tersisip dipinggangnya. Namun tindakan beliau yang terburu-buru itu dengan mudah dihalang oleh Juice Hernandez. Satu lagi tembakan dilepaskan tepat mengenai dada Kimi Donatello.

"Apa kau mahu juga merasakan peluru aku?!"

Sergah Juice Hernandez kepada Faiz Romero. Faiz Romero hanya terdiam sambil menggelengkan kepala tanda tidak setuju.

*Blam!

Juice Hernandez menahan bahunya yang ditembak oleh Don Ammar Fuurunka.

"Habislah riwayat kau Juice Hernandez. Tiada Siapa yang mampu menghalang aku!"

Tanpa berfikir panjang, Juice Hernandez Melontar botol whiskey kearah Don Ammar Fuurunka. Botol whiskey tersebut ditepis oleh Don Ammar Fuurunka. Faiz Romero yang ketakutan melarikan diri melalui pintu belakang pub. Belum sempat Don Ammar Fuurunka merancang tindakan seterusnya...

"see you in heaven~"

*Blam!

Don Ammar Fuurunka rebah ke lantai. Darah merah pekat membuak-buak keluar dari kepalanya. Juice Hernandez melepaskan ikatan tangan Annis Augustino.

Mereka berkucupan. Terbit perasaan cinta antara mereka berdua. Juice Hernandez membawa Annis Augustino pulang ke tempat asalnya, Pesaro e Urbino. Mereka berdua-duaan menunggang kuda putih sambil disaksikan sang matahari yang hampir terbenam..

3 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.