Saturday, May 1, 2010

Hassan Tango bahagian 2

Kebun Kelapa
‘Assalamualaikum’

‘Waalaikumsalam. Hah Salim, naik dulu. Mak Mah kamu ada goreng pisang’

Adat orang Melayu, Salim salam cium tangan Pak Deraman. 

‘Mari makan Salim. Hassan kebelakang. Mandi’

Mak Mah tuang lebihan teh dalam cawan. Salim makan pisang goreng penuh selera. Dari luar rumah dia nampak Pak Deraman mengayuh basikal ke kebun pisang hujung  kampung. Dia teringat ketika dia dan Hassan jumpa basikal tua itu di sebuah kubu jepun tinggal. Serta merta dia tersenyum

‘Ke mana kita pagi ni?’

Tanya Hassan yang sambil menyarung baju biru kebiasaannya.

‘Kita ke kebun Pak Selamat. Dia nak kita kutip buah kelapa. Untung nanti kita bahagi dua’

‘Berapa banyak dia mahu pakai? 5? 10?’

‘Kau tak tahu dia nak buat kenduri kahwin Abang Ramli? Dia nak pakai barang 30 biji’

‘Banyak betul.  Aku harap gulai daging ada sekali nanti’

Hassan terbayang gulai daging sambil telan air liur.

‘Lekas la, nanti cepat habis kerja, cepat lah kita balik’

Mak Mah yang sibuk membasuh di belakang rumah  menguak pintu rumah

‘Ingat, jangan kau pergi lagi rumah tinggal hujung kampung tu. Tau  bapak kau nanti mengamuk dia’

‘Ye lah mak. Hassan pergi dulu ya’

Mak Mah kedepan pintu, melihat  Hassan dan Salim kayuh basikal dengan parang tersisip tepi pinggang. Sesekali risaunya memikirkan anaknya yang baru 15 tahun membuak-buak walaupun Hassan anak yang pandai berdikari.






4 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.