Sunday, May 23, 2010

Fantasi gila

Sudah 2 tahun masa berlalu,
Ada orang cakap sekejap,
Ada orang cakap lama,
Ada orang tak tahu apa.

Dalam 2 tahun itu juga aku menipu,
bukan sapa-sapa tapi diri sendiri,
Aku yakinkan diri si dia masih disisi,
Bernafas dan kekal abadi,
Fantasi.

Rina cakap, "kau lupakan, hidup mesti diteruskan.."
Zizi cakap, "move on dude, its over.."
Kamal cakap, "entahlah.."
Azri cakap, "kau memang gila.."
Ibu aku cakap, "yang hidup, pasti mati"

Kalau aku ada peluang untuk jumpa Lisa,
Walaupun harus ditukar dengan nyawa,
Aku terima,
Cukuplah hanya seketika,
Untuk aku meluahkan rasa cinta.

Masa berlalu macam angin,
Aku jumpa dia, 
dia yang aku rasa boleh buat aku lupa,
satu fantasi gila yang aku cipta.

Ternyata,
sama juga,
dia aku tolak tepi,
fantasi gila aku sambung kembali,
sambung,
dan akan terus sampai bila-bila..

2 comments:

  1. dia sangat bertuah.
    dapat awak. yang sentiasa mengingati dia.

    bertuah amat :)

    ReplyDelete
  2. Adakala kita boleh merana kerana menjadi pengingat yg setia. Andai itu kehendak-Nya, pasrah dan redhalah sentiasa.
    Salam kenal dari saya

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.