Saturday, April 17, 2010

Tergantung


Aku rasa aku benar-benar mati,
Mati yang berjasad,
memikirkan tak lain,
hanya itu,
hanya satu.

Bercakap memang mudah,
Semua orang begitu,
Aku juga begitu.

Setiap detik yang berlalu,
Setiap nafas yang terhela,
Seakan-akan membawa aku jauh ke pelusuk bumi.

Semakin aku mencengkam,
Bergelut untuk keluar, 
Semakin jauh aku tenggelam
Tenggelam ke dunia lain yang dalam.

Bila aku cuba tutup mata,
Semua tak hilang semudah aku sangka,
Gelap atau terang seakan sama,
Kerana kepala aku memikirkannya satu,
Tiada beza antara aku dan si buta,

Bila tiba masa semua ini berakhir, 
Akan aku sujud,
Dengan sepuluh jari telungkup ke tanah,
Tanda kasih sayang dan syukur tak terhingga,
Umpama Adam ketemu Si Hawa,
Umpama Si Majnun ketemu Si Laila.

Berilah aku peluang,
Walau aku tahu ianya tak kemana,
Cukuplah menghabiskan sisa-sisa,
Disisi cinta.

11 comments:

  1. aku rasa lemas
    rasa sembelit

    ReplyDelete
  2. Gee : sembelit? gile lah kau. haha

    ReplyDelete
  3. laa dah lemas , sembelit lemas jugak. tak tenggelam tak timbul hhaha

    ReplyDelete
  4. Gee : cis, sampai mcm tu sekali kau fikir. haha

    ReplyDelete
  5. Tapee , otak aku warna warni mcm pelangi :)

    ReplyDelete
  6. kalau suka, corak dekat hati kau.jangan biar hati tu warna kusam :)

    ReplyDelete
  7. ambil byk byk , isi oksigen

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.