Sunday, April 18, 2010

Teka-Teki


Bila aku tegok-tengok balik,
Hampir semua umat gigih,
demi mencari jawapan masing-masing,
Si petani mencari baja,
Si pengail mencari umpan,
Si cendekiawan mencari tulisan,

Hidup ini memang hanya berteka-teki,
Hari ini kita dapat ini,
Untuk kita terus mencari untuk esok,
Esok mungkin kita dapat lagi,
Walau jauh mana pelusuk kau masuk,
Memang kita perlu mencari,
Mencari sebuah maksud.

Ada yang mati terlentang,
Ada yang mati terbalik,
Yang jumpa jawapan mata buntang,
Yang gagal berharap untuk reinkarnasi untuk berbalik,
Sebab itu masa itu amat ajaib,
Kau lambat tapi dia cepat,
Walau sekuat mana kau berdoa agar ia ghaib,
Tetap tak dapat,
Adat.

Lintang pukang tenggelam timbul,
Bagaikan dunia gila,
Semuanya sasau,
kacau bilau.

Hey, apa salahnya aku perlahan?
Kau juga pernah perlahan kan?
Kau bukan tuhan yang memberi arahan,
Kau hanya hamba hartawan.

Geli aku...

6 comments:

  1. aku masih tak jumpa jawapan ==

    ReplyDelete
  2. kita semua begitu. bagun tidur, makan, kerja sampai tidur balik masih kusut

    ReplyDelete
  3. aku kalau kusut , aku bakar soalan tu. tak kira ape bentuk :P

    ReplyDelete
  4. umur kau dah besar , tu pasal boleh mencarut. hhaa

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.