Friday, April 23, 2010

Heboh


Kalau kau mahu  kaya,
Kau perlu miskin pada awalnya,
Miskin harta.

Kalau kau mahu pandai,
Kau perlu tolol pada awalnya,
Tolol bingai.

Kalau kau mahu cantik,
Kau perlu hodoh pada awalnya,
Hodoh buruk.

Kalau kau mahu berani,
Kau perlu takut pada awalnya,
Takut pengecut.

Kalau kau mahu jadi seniman,
Kau perlu di jalanan pada awalnya,
Jalanan murahan.

Kalau kau mahu jadi teragung,
Kau perlu jadi orang pada awalnya,
Orang jagung.

Setiap pengakhiran,
Dimulai dengan satu permulaan,
Permulaan yang akan mengingatkan kau,
Tentang apa itu kau di masa lampau.

Setiap anugerah hebat yang kau ingin miliki,
Semuanya bermula dengan apa yang kau tak pernah ingini.

Jangan kau heboh sana sini,
Bunuh diri,
Menyalahkan illahi,
Sebab kau tak dapat apa yang kau khuatiri.

Tuhan itu maha suci,
Kau akan dapat suatu hari nanti.




2 comments:

  1. aku tak mahu kaya juga miskin, ia buat aku menderita. aku tak mahu bijak juga tolol kerna kdg kdg timbul riak dan rendah. aku tak mahu hodoh dan jelita,kerna ia bikin aku gila.

    aku cuma mahu tuhan, yang bikin aku tenang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.