Monday, April 26, 2010

Hassan Tango bahagian 1

Kita ubah angin sekali sekala..


Hassan
Hassan mengeluh panjang pagi itu. Cahaya matahari yang masuk dari celahan tingkap kayu membuatkan matanya terkebil-kebil menahan silau. Dicapainya selimut lusuh lalu dibungkus kepalanya dengan harapan mahu tidur kembali.Waktu itu, perutnya berkeroncong. Sejak balik dari kenduri rumah Haji Jemain semalam, dia lupa mahu makan.

Mata yang mahu ditutup, dibuka kembali. Perlahan-lahan dia keluar dari kamar. Sesekali terdengar bunyi papan rumah yang sudah usang dipijak. Matanya melilau ke laman rumah. Bapanya, Pak Deraman sedang tekun mengasah parang panjang di tepi kolam air. Sedikitpun tidak menarik minat Hassan. Di dapur, matanya buntang melihat pisang goreng di atas meja. Di capainya yang panas, disua kemulut.

‘Kau ke rumah tinggal hujung kampung itu lagi ye Hassan?’

Hassan menuang teh kedalam cawan. Sedikitpun dia tak hirau pertanyaan Mak Mah.

‘Saja-saja lah mak. Mana tau ada makanan tinggalan jepun’

Serta merta  dia teringat  buah nangka semalam yang diletak bawah rumah.

‘Kau jangan berani sangat Hassan. Buatnya di tembak kau nanti?’

Pak Deraman bertanya, sambil menyimpan parang panjang di belakang pintu. Hassan meneguk teh sambil tersenyum. Dicapainya gula di atas para, di tabur atas piring. Pisang goreng dicicah gula. Hassan senyum puas.

3 comments:

  1. ni citer sal hassan mane plak ni? sarjan hassan tu ke?

    hahha..lupe lak ko ad blog satu ag..dlu da pnah bace da skali..

    okeh. aku jadi follower yg 39!

    ReplyDelete
  2. Aulia : ni cubaan first aku. cerita pendek

    ReplyDelete
  3. err, lupe nk ckp, sile sambung ye..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.